ْSeorang pegawai operasi kanan perempuan yang sangat cantik bekerja di kilang daging.
Suatu hari, semasa dia hendak menyelesaikan tugasan harian, dia masuk ke bilik daging sejuk beku untuk memeriksa baki stok bekalan daging, akan tetapi nasibnya tidak baik, tiba-tiba pintu bilik sejuk itu tertutup dan dia terkunci dari dalam tanpa apa-apa alat untuk membantunya.
Dia berusaha menolak pintu bilik sejuk namun tidak berganjak, pintu setebal 10 inchi itu terlalu utuh baginya. Walaupun dia menjerit dan mengetuk pintu sekuat hati, tiada seorang pun yang dapat mendengarnya. Dia mulai panik.
Kebanyakan pekerja sudah lama pulang, dan adalah mustahil untuk mendengar apa-apa di dalam bilik sejuk pada kawasan di luar bilik sejuk.
1 jam berlalu dia mencari apa-apa alat yang dapat membantunya keluar namun sia-sia dalam bilik itu hanya terdapat daging semata-mata, badannya semakin lemah kerana kesejukan.
3 jam kemudian dia semakin hampa, badannya semakin lemah suhu badannya turun mendadak. Muka semakin pucat, tangan menggeletar nak berdiri pun tak mampu.
5 jam kemudian, dia mula berfikir akan mati kesejukan dalam bilik sejuk itu, air matanya menitis memikirkan nasibnya, adakah begini cara kematiannya? Nafasnya mula tercungap-cungap ... sedang dia dalam helaan nafas kematian.
Tiba-tiba .... Tuppp, terdengar pintu bilik terbuka, seorang security guard di kilang tersebut membuka pintu bilik sejuk itu. Nasib nya baik kerana dia terselamat dari kematian pada hari itu. ‘Security Guard’ itu terkejut melihatnya terbaring kaku kesejukan, lantas membawanya keluar dan menyelimutinya ...
Beberapa ketika ... Setelah itu, perempuan itu bertanya pada ‘Security Guard’ itu bagaimana dia boleh membuka pintu bilik sejuk itu walaupun ia bukan rutin pekerjaan hariannya.
Pakcik ‘Security Guard’ itu menjawab, “Saya telah bekerja di kilang ini selama 35 tahun. Sejak usia saya 20an terdapat ratusan pekerja keluar dan masuk setiap hari. Hanya kamu dan segelintir pekerja sahaja yang akan menyapa saya pada sebelah pagi dengan ucapan mesra "Assalamualaikum".
Dan ucapan yang senada serta Selamat Tinggal kepada saya pada sebelah malam. Kebanyakan pekerja lain, melayan saya seperti saya tidak pernah wujud.
Tetapi malam ini, saya berasa pelik kerana saya belum terima ucapan "Assalamualaikum" dan "Selamat Tinggal" serta "Jumpa Lagi Esok” dari kamu. Jadi, saya merasakan saya perlu periksa di sekitar kilang.
Setiap hari saya akan mengharap sapaan "Salam" dan "Selamat Tinggal" dari kamu. Dengan itu, kamu mengingatkan saya bahawa masih ada insan yang saling merasai dihargai oleh seseorang.
Dengan tidak mendengar ucapan terakhir hari ini, saya dapat mengagak mungkinkah kamu masih di sekitar kawasan kilang atau ada sesuatu yang telah terjadi. Sebab itu, saya mencari kamu di merata tempat.
Ditakdirkan oleh Allah telah menggerakkan hati saya untuk memeriksa Bilik Sejuk ini, sebab saya pernah melihat kamu disitu, dan saya bertindak dengan naluri yang Allah cetuskan ... kalau ikutkan logik memang Tak Masuk Akal dah ... tambah lagi tengah malam begini”.
Perempuan itu Sujud Syukur kerana Allah masih meminjamkan nyawa padanya.
Pengajaran untuk diri kita :
Jadilah seorang yang merendah diri, penyayang dan hormat pada setiap individu di sekeliling. Berusahalah untuk memberi kesan kepada setiap orang yang melalui perjalanan hidup dengan anda, kerana anda tidak tahu apa akan terjadi di masa depan.
.