Selasa, 31 Julai 2018

Takaful???

BAGAIMANA ANDA MELIHAT TAKAFUL?
Kalau anda lihat ia sebagai satu beban perbelanjaan, tak hairanlah bila ejen jumpa anda, terus anda set bajet serendah mungkin dan beri pelbagai alasan ada banyak benda lain nak bayar.
Sedangkan anda tahu, takde sapa akan ganti-semula gaji anda sepenuhnya. Saya ulang - TAKDE SAPA AKAN GANTI-SEMULA GAJI ANDA SEPENUHNYA. Tapi kerana fikir negatif, nampak takaful tu membebankan, ambik minima je, asal ada, katanya
Tapi, kalau anda lihat ia sebagai penyelamat masa depan, yang akan jaga kebajikan anda dan keluarga bila jadi apa apa, anda pasti sanggup korban 10% gaji, demi nak ganti-semula kesemua gaji anda itu. Sebab anda tahu komitmen takkan berhenti secara automatik bila anda sudah hilang keupayaan bekerja atau meninggal dunia.
Itulah yang akan tanggung makan minum, belanja sara hidup, sekolah anak, selesaikan hutang etc nanti. Anda sedar takde sapa akan tolong beri anda gaji bulan-bulan, takaful inilah yang akan membantu nanti
Sayangnya, ramai orang nampak takaful sebagai alat penyelamat, hanya bila dah sakit. Masa tu, bayar berapa pun sanggup, demi nak dapat pampasan takaful berlipat ganda. Masa sihat, punyalah berkira. Malangnya, bila dah sakit, syarikat takaful payah nak terima.
Apa jadi pada nasib anda nanti, anda sendiri tentukan
MULAKAN DENGAN MELIHAT TAKAFUL SECARA POSITIF!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan